top of page
_ (5).jpeg
Search

PENIAGAAN "FINEST FISH FINDS"

  • Mar 6, 2024
  • 1 min read



Selamat datang ke laman sesawang "Finest Fish Finds". Adakah anda seorang pencinta ikan hiasan atau baru memulakan pengembaraan anda dengan dunia akuatik? "Finest Fish Finds" ialah destinasi impian anda untuk mendapatkan maklumat tentang ikan hiasan dan menyempurnakan pengalaman akuarium anda! Lawati laman sesawang ini untuk mendapatkan maklumat terkini tentang penjagaan dan pemeliharaan ikan hiasan serta panduan persediaan akuarium ikan hiasan. Di sini juga, anda boleh membeli salah satu ikan hiasan iaitu dikenali sebagai Angelfish.

"Finest Fish Finds"  telah beroperasi pada tahun 2024. Perniagaan ini berstatuskan rakan kongsi biasa milik Bumiputera. Adalah menjadi hasrat pemilik perniagaan, untuk turut serta di dalam perkembangan ekonomi kaum bumiputera bagi menyumbang kepada ekonomi negara. Aktiviti perniagaan ini adalah untuk menjual sebanyak 3 ekor ikan Angelfish dengan akuarium secara dalam talian. Pembeli akan mendapat satu set akuarium yang telah dihias berdasarkan tema "Fish Village" serta 2 ekor Angelfish jantan dan 1 ekor Angelfish betina. Segala usaha yang dijalankan oleh kami ini adalah bersih dan tidak bertentangan dengan hukum agama dan tatasusila dan tidak terlalu mementingkan keuntungan tetapi mementingkan kehendak pelanggan. Harga jualan adalah daripada jenis perkhidmatan yang diperuntukkan.

Pasukan perkhidmatan pelanggan kami sentiasa sedia membantu anda pada bila-bila masa. Sama ada anda mempunyai soalan tentang ikan atau tentang penjagaan akuarium.

 
 
 

Comments


Let me know what's on your mind

Thanks for submitting!

© 2035 by Turning Heads. Powered and secured by Wix

bottom of page